Ini Baru Betul! Turun 0.5Kg Seminggu Dengan Overnight Oats. Slow Tak Apa, Janji Kita Enjoy Diet Kita.

Dah macam satu trend pula overnight oats ni. Buka facebook je mesti ada orang share resipi. Tapi dalam banyak-banyak resipi, kami tertarik dengan resipi yang Shida Sinchira ni kongsikan.

Sebab dia ada campuran kekacang dalam oats dia. Sedapnya! Jom ramai-ramai cuba.

JOM SHARE Kalau Kau Orang Minat Oats!

Overnight Oats memang sedap!

Untuk penggemar bijirin macam sis, memang tak jadi masalah nak sarapan macam ni tiap-tiap hari.

Yang tak pernahr minat tu, why not kau orang cuba, mana tau boleh jadi top 1 carta makanan kegemaran kau lepas ni, serius sedap sangat!

Sebelum ni memang selalu amal oats and susu ja, tapi bila dah jadi rutin sarapan setiap hari, sis ubah sikit resepi supaya jadi lebih sihat & berkhasiat.

BAHAN-BAHAN

  • Rolled oats
  • Fresh Milk
  • Kekacang
  • Buah
  • Greek Yogurt

CARA-CARA

 

  • Oats 6 sudu
  • Greek yogurt 1 sudu
  • Susu 200ml
  • Goncang bagi sebati.

  • Tambah kekacang, kismis satu sudu.<
  • Masuk buah pelam separuh ja.
  • Gaul-gaul bagi sebati.

  • Yang ni pulak untuk lagi satu flavour.
  • Sis letak satu sudu kecil koko.
  • Masuk pisang sebiji & kekacang 1 sudu.

Boleh simpan semalaman dalam peti ais! Tahan untuk 2 hari. Sis tak tambah apa-apa madu atau flavour sebab suka rasa natural macam ni. Lemaks dah ok! Jimat kau punya kalori.

Disebabkan sis tengah paksa diri sendiri nak cuba amal diet kalori, so sarapan ni memang the best sebab perut akan rasa kenyang sampai time Lunch tau! Lunch boleh ambil sayur2 dan protein macam ikan atau ayam bakar atau rebus.

Pastikan minum air kosong secukupnya. Jumlah air? Ikut berat badan kau.

Artikel Berkaitan   7 Bahan Yang Baik Untuk Kulit Tapi Menjadi Buruk Bila Digunakan Berlebihan

25kg = 1 liter air

Kalau lapar sebelum waktu makan tiba, kau tonggang ja air kosong, nak kurus kena kental kan!

Waktu makan 5 kali sehari okay? Sarapan, snack, lunch, snack, dinner.

Overall buat masa ni seminggu sis boleh hilang 0.5kg! Slow-slow tak apa, janji kita enjoy diet kita.

Last dinner sebelum pukul 8 malam, nasi maximum segenggam saja. Air manis tinggal ja terus! InsyaAllah kau orang berjaya!

Sumber: Shida Sinchira