“Ini Jihad. Ini Pahala. Pergilah Kalau Itu Yang Terbaik,” – Adik Minta Restu Berjihad Untuk Pesakit Covid-19, Nourul Depp Kongsi Kisahnya

Penyanyi Nourul Depp berkongsi paparan mesej perbualan keluarga di laman Instagram miliknya membincangkan perihal jihad ke jalan Allah.

Difahamkan adiknya, Wahida meminta restu keluarga untuk memohon pertukaran bahagian ke Hospital Besar demi membantu pesakit Covid-19.

Menurutnya yang bekerja sebagai jururawat, kekurangan kakitangan menyebabkan ramai staf perubatan terpaksa bekerja lebih masa dan atas faktor itu, dia mahu mengisi ruang bagi mengurangkan beban yang dihadapi kakitangan barisan hadapan lainnya.

“Bila adik kami @anakmisi pun mohon tukaq dari dept hemodialilsis ke GH untuk bantu patient #covid19.

Ini jihad. Ini pahala. Pergilah kalau itu yang terbaik. Sedih lagu mana tak tau.

“Semoga dipermudahkan. @anakmisi adik bungsu perempuan. Membesaq dalam tangan kami. Tengoklah @kkmm_gov terima ka dak. #stopcovid19 #stayhome,” kongsinya.

Menerusi laporan, Kementerian Kesihatan akan memanggil semula pesara pakar perubatan dan jururawat pencen dalam usaha memperkuatkan barisan hadapan.

Malah difahamkan, hampir 3000 permohonan diterima sehingga ke hari ini.

Artikel Berkaitan   ‘Selagi Allah Izinkan, Selagi Kak Mampu..’ – Fasha Sandha Kongsi Perbualan Ter4khir Dengan Arw4h Abam