“Ini Memang Jenis Pengotor, Jijik Perangai” Pelanggan Tinggal Pampers Ada @#$%$ Di Restoran Undang Kecaman

Tindakan seorang pelanggan membuang lampin pakai buang bayi diatas kerusi sebuah restoran di Shah Alam telah mengundang kecaman warganet yang dianggap tidak bertamadun.


Menerusi Facebook pemilik restoran terbabit, Noor Akmar berkata, beliau kecewa dengan tindakan pelanggannya yang meninggalkan lampin pakai buang bayi pada kerusi dimeja makan.

“Macam-macam ragam kan? Air milo tabur tumpah tidak mengapa kita mopkan. Nasi goreng sepah-sepah atas lantai pun tidak mengapa kita sapukan.

Macam2 ragam kan?Air milo tabur tumpah xpe kita mop kanNasi goreng sepah2 atas lantai pun xpe kita sapu kanPampers? Berat pulak tu kalo ditimbang pampers nyaIni contoh customer is not always right

Posted by Noor Akmar on Wednesday, 25 December 2019

“Pampers? (lampin pakai buang bayi), berat pula itu kalau ditimbang pampersnya. Ini contoh pelanggan tidak selalunya betul,” luah Noor Akmar di Facebook.

Perkongsian Noor Akmar itu kini tular dimedia sosial dan rata-rata warganet kesal dengan tindakan yang tidak bermoral itu.