“Islamnya Seseorang Terletak Pada Rukun Islam Bukan Baju Dia” – Faezah Elai

Pelakon Faezah Elai punyai pandangan sendiri mengenai cara berpakaian, berfesyen dan menutup [email protected]

Kata Faezah, cara berpakaian tidak semestinya melambangkan agama seseorang individu itu.

“Fesyen bermaksud anda selesa dan yakin tetapi sedihnya pemahaman orang kita, fesyen bermakna kena high end ala-ala orang putih.

“Sampai kadang-kadang kalau orang luar tengok dia tak tahu orang yang pakai itu agama apa.

“Saya tak maksudkan perlu bertudung labuh atau jubah, pakai seluar atau skirt, kerana saya tidak menilai melalui apa yang orang pakai.

“Islamnya seseorang itu terletak pada rukun Islam dia, bukan baju dia. Kalau semua [email protected] tutup sekalipun nampak mata saja tapi rukun Islam pun tak penah buat, yang itu bukan Islam.

“Setakat pakai jubah and tudung labuh ke lutut, perempuan Arab yang bukan Islam pun pakai yang sama,” tulisnya menerusi entri di Instagram.

Dalam pada itu, Faezah turut mengajak orang ramai untuk istiqamah bertudung dengan cara yang sempurna dan patuh syariah.

Selaku pelajar jurusan fesyen, Faezah punyai pandangan sendiri mengenai cara berpakaian sehari-harian.

“My 2019 fashion style. Saya belajar fesyen dahulu, seperkara yang saya faham mengenai fesyen, anda tak perlu pakai Prada, Chanel atau Louis Vuitton untuk nampak bergaya.

“Cuma untuk yang bertudung itu, bila orang tengok orang tahu anda itu Islam. Tak kisahlah lilit tudung macam mana pun,” tambahnya.

Artikel Berkaitan   “Kau ingat mak aku ni takda perasaan ke bodoh” – Anak Kesal Perangai Bapa Serupa ‘Syaitan’, Kerap Hambakan Ibu Di Rumah