Isteri Aliff Syukri Mulakan Fail Penceraian? Sudah Saling Tidak “Follow” Di Instagram. Ini Jawapannya

DESAS-desus pergolakan rumah tangga usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid kembali hangat diperkatakan.

Ia berikutan dakwaan bahawa Nur Shahida sudah memfailkan perceraian di mahkamah.

Bagaimanapun, Nur Shahida yang dihubungi memilih untuk tidak memberi sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.

“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,” katanya ringkas seperti yang dilaporkan Harian Metro semalam.

Ditanya adakah semua anak-anak berada dengannya ketika ini, Nur Shahida hanya menjawab ‘ya’ menerusi aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, Aliff ketika dihubungi juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

“No komen,” ujarnya.

Kisah rumah tangga Aliff dan Nur Shahida mula menjadi bualan hangat apabila kedua-dua mereka sudah tidak lagi saling mengikuti di laman sosial Instagram.

Ini bukan kali pertama pergolakan rumah tangga Aliff dan Nur Shahida menjadi perhatian kerana pada tahun lalu, pasangan ini juga dilaporkan berselisih faham dan berbaik tidak lama kemudian.

Artikel Berkaitan   “Lelaki Warga Emas Tercampak Daripada Motosikalnya Ke Tepi Jalan” Penoreh Getah Ini Tidak Sedarkan Diri Selepas Bergesel