Isteri Ammar Alfian Berang Suaminya Tidak Mahu Menceraikannya Walau Sudah Setahun Tidak Bersama Lepas “Kantoi”

Isteri kepada pelakon Ammar Alfian iaitu Nelissa Nezam telah meluahkan rasa kesal apabila suaminya itu menolak permohonan cerai yang difailkannya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada Januari lalu.

Memetik laporan dari mstar, Nelissa berkata beliau tidak tahu apa sebenarnya niat suaminya itu dan menyifatkan ia akan merumitkan lagi keadaaan.

Nelissa juga berkata, mereka juga sudah tidak lagi bersama sejak setahun lalu dan baginya mereka berdua sudahpun tidak mempunyai apa-apa hubungan.

Isu rumahtangga pasangan ini menjadi perhatian ramai selepas Nelissa membongkarkan dakwaan suaminya berlaku curang.

Ammar dan Nelissa juga telah mendirikan rumahtangga pada Mac 2016 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Kyro Shakur yang berusia satu tahun.

kredit era

Artikel Berkaitan   Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Dan Angin Kencang Seluruh Negeri Bermula Sehingga Malam Ini