Isteri Lim Guan Eng Pula Dituduh Di Bawah Akta Pengubahan Wang Haram

BETTY Chew Gek Cheng, isteri kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka dihadapkan ke Mahkamah Butterworth pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Lee Khai selepas keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.

“Beliau akan dituduh di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001,” katanya.

Ditanya sama ada ia berkaitan siasatan terhadap projek terowong dasar laut, Lee menafikan perkara itu.

Dipercayai siasatan terhadap Betty berkaitan syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd, namun tiada penjelasan lanjut.

Terdahulu, Chew ditahan pada 10.45 pagi ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Georgetown.

Beliau diikat jamin RM50,000 dan meninggalkan pejabat berkenaan pada 4.30 petang, iaitu enam jam selepas itu. Betty ditemani adik suaminya, Lim Hui Ying.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   Pulau Ni Tanpa Penghuni Dipenuhi Banyak Getah Sebab Burung Ingatkan Cacing