“Ish, sejak aku mengandung ni laki aku pulak yang loya-loya, tak sedap badan. Padahal aku ok je, confused pulak tengok. Kenapa dengan dia ni? Normal ke kalau ke suami yang kena simptom pembawakan budak?”
Pelik kan kalau suami yang muntah-muntah, loya dan mood swing masa isteri mengandung? Walaupun mungkin jarang kita dengar, sebenarnya memang ada istilah saintifik untuk femonena ini yang dikenali sebagai sindrom couvade atau sympathetic pregnancy symptoms.
Rasa kasihan pula bila tengok suami yang terkena simptom ni kan.
Mesti ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku, sama ada ianya serius dan berapa lamakah ia akan berlaku pada suami?
Jom ketahui beberapa perkara tentang sindrom ini.
5 PERKARA TENTANG SIMPTOM COUVADE AKA SIMPTOM ‘PEMBAWAKAN BUDAK’ PADA SUAMI
1. IA ADALAH TOTALLY NORMAL
Sindrom couvade adalah kondisi di mana si suami mengalami gejala-gejala kehamilan, seperti mual, susah tidur, mengidam, naik berat badan atau mood swing.
Malah, ada suami yang mengalami tahap lebih serius turut merasakan senak perut macam nak bersalin!
Fuh, pelik juga tu kan?
Fenonema ini dikaji dan didapati ianya dialami oleh ramai suami. Laporan sebuah penelitian tahun 2005 menyatakan bahawa 90% lelaki yang isterinya sedang mengandung akan mengalami sekurang-kurangnya salah satu daripada gejala-gejala ini pada awal kehamilan.
Foto Kredit: verywell.com
2. PUNCA PSIKOLOGI
So, agaknya macam mana lelaki pulak yang boleh rasa simptom ini sedangkan secara fizikalnya mereka tak mengalami perubahan fizikal, atau lebih tepat lagi mereka ni tak mengandung pun?
Sebahagian para pengkaji percaya bahawa gejala sindrom couvade seperti mengidam dan mual-mual yang dirasakan tersebut berpunca daripada masalah psikologi lelaki yang ‘cemburu’ dengan bayi yang dikandungkan dan terpaksa bersaing untuk mendapatkan perhatian daripada isterinya.
Namun mungkin ramai yang kurang bersetuju dengan teori ini dan ia memerlukan lebih bukti saintifik.
3. DIDORONG RASA TERUJA, BIMBANG & CEMAS
Dalam penjelasan lain pula menerangkan bahawa sindrom couvade muncul karena bakal ayah dilanda rasa excited, dan pada masa yang sama turut bimbang serta nervous terhadap perubahan hidup yang akan dialaminya dalam sedikit masa lagi.
Rasa cemas ini mendorong mereka mencari melakukan sesuatu yang dapat melegakan stres, contohnya dengan makan lebih banyak sehingga berat badan bertambah.
Menurut pakar perbidanan, dengan bertambahnya berat badan, jaringan lemak semakin banyak yang akan mengubah testosteron menjadi estrogen. Peningkatan tahap estrogen ini boleh memicu mood swing dan rasa mual.
Foto Kredit: muscleandfitness,com
4. RASA SIMPATI TERHADAP ISTERI
Sementara itu, terdapat gejala yang dikaitkan dengan pengaruh terhadap perubahan yang berlaku pada si isteri.
Contohnya mungkin suami mengalami perasaan simpati terhadap isteri kerana isteri yang mengandung susah tidur malam. Jadi, waktu tidur suami juga berkurang kerana menemani isteri.
Menurut kajian, pasangan suami yang mengalami kesukaran untuk hamil atau menjadi anak angkat lebih cenderung mengalami simptom ini.
Mungkin ada yang terasa kelakar, tapi sebenarnya isteri patut memahami bahawa sememangnya ada suami yang lebih sensitif dan secara emosinya begitu terikat dengan keadaan isteri ketika hamil.
5. BILAKAH IA AKAN BERAKHIR?
Kajian menunjukkan sindrom couvade ini biasanya bermula pada akhir trimester pertama dan boleh menjadi berterusan hingga trimester ketiga.
Banyak langkah yang boleh dilakukan bagi mengurangkan rasa ini, contohnya makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
Namun satu-satunya ‘penawar’ yang benar-benar berkesan adalah kelahiran bayi itu sendiri, di mana semua simptom akan hilang dengan sendirinya.
Foto Kredit: alfa-img.com
IA TIDAK MERBAHAYA
Sehingga kini, masih belum ada kajian lengkap tentang sindrom couvade ini secara terperinci. Berita baiknya, simptom ini jarang merbahaya dan boleh diatasi dengan tips-tips biasa yang dilakukan oleh wanita yang mengalami morning sickness.
Jika ini berlaku pada suami anda, janganlah gelakkan mereka ya. Sebaliknya cuba beri ruang untuk suami relaks.
Berikan urutan dan mungkin anda boleh berbincang untuk mengurangkan rasa cemas atau bimbang yang dialaminya.
Mesti ada yang pernah mengalaminya kan? Jom kongsikan dengan kami!