“It’s A Girl” Fasha Sandha [email protected] Jantina Baby Bakal Lahir

Seperti diketahui umum Fasha Sandha kini sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidup dengan Aidil Aziz. Pasangan pelakon ini mendirikan mahligai cinta mereka pada penghujung Mac tahun lalu. Terbaru, Fasha Sandha umumkan jantina bayi yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Berkongsikan mengenai berita gembira ini menerusi laman Instagram miliknya sendiri, Fasha Sandha merakamkankan rasa syukur dengan anugerah zuriat ini. Menulis menerusi ruangan kapsyen, dia berharap perkongsian ini dapat membantu pasangan lain yang putus asa untuk mendapatkan zuriat.

Untuk info sebelum ini Fasha Sandha sendiri pernah diuji dengan keguguran dua kali ketika di awal kehamilan. Namun rezeki buat pasangan pelakon ini untuk mendapat bayi bakal menjadi realiti apabila Fasha Sandha kini sedang hamil 15 minggu.

Berikut adalah perkongsian dari pelakon ini mengenai proses kehamilannya kali ini:

Video perkongsian yang memaparkan saat Fasaha Sandha dedah jantina bayi tersebut pada keluarganya ini telah meraih hampir 100 ribu tontonan tidak sampai sejam dimuatnaik oleh Fasha Sandha.

Di ruangan komen rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada pasangan ini.

“Alhamdulillah tahiah kak..Semoga baby dengan ibu sihat”

“Alhamdulillah..Happynya..Besar sungguh pengorbanan dan dugaan seorang isteri ni..Time preggy paling best eva…Congrats sistur..Me love u”

“Tahniah…suka tengok family kak fasha..nmpk sangat bahagia”

“Alhamdulillah. Im happy for u kak fasha. Suke tengok akak bahagia sekarang”

Artikel Berkaitan   “Dah 853 kes kematian” – Iran Terpaksa Bebaskan 85,000 Banduan Untuk Menangani Penyebaran Coronavirus