Jadi Mangsa Covid19, Ini Perkembangan Terkini Amitabh Bachchan, Ramai Yang Doa Baik-Baik

Aktor tersohor Bollywood, Amitabh Bachchan disahkan negatif COVID-19 dan sudah dibenarkan keluar dari hospital, lapor AWANI.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter miliknya, Amitabh memaklumkan sudah dibenarkan pulang selepas dikuarantin sebelum ini kerana disahkan positif virus berkenaan.

Menurut Amitabh, dia telah dijaga rapi oleh petugas kesihatan di Hospital Nanavati, India sehingga disahkan pulih sepenuhnya.

“Saya disahkan negatif dan sudah dibenarkan discaj. Saya kini berada di rumah untuk proses kuarantian.

“Saya juga berterima kasih atas penjagaan rapi oleh Hospital Nanavati yang membolehkan saya menyaksikan hari ini,” tulisnya.

Amitabh sebelum ini disahkan positif COVID-19 bulan lalu dan dikuarantin selama tiga minggu bagi menerima rawatan.

Terdahulu, Amitabh dan anak lelakinya, Abhishek Bachchan disahkan positif dan sehari kemudian menantu dan cucunya, Aishwarya Rai dan Aaradhya juga disahkan dijangkiti virus berkenaan.

Walaubagaimanapun, Aishwarya dan Aaradhya telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital minggu lalu sementara Abhishek masih positif dan terus menerima rawatan di hospital.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Disahkan Menghidap K4nser, Tun Dr. Siti Hasmah Tak Beritahu Tun M, Inilah Sebabnya