“Jadi, Saya Rasa Dia Macam Vitamin, Ada Selalu Bila Dia Ada Disamping Saya” Daie Farhan Puji Kematangan Isteri Baru

PENDAKWAH sensasi Da’i Farhan menyifatkan isteri baharunya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali dengan nama Dr. Airen sebagai vitamin untuk dirinya.

Farhan atau nama sebenarnya, Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad berkongsi secara eksklusif dengan Gempak mengenai keperibadian isterinya.

“Alhamdulillah, dia sangat memberikan rangsangan motivasi kepada saya. Ke mana sahaja saya pergi, dia selalu ada.

“Jadi, saya rasa dia macam vitamin, ada selalu bila dia ada disamping saya.

“Kami tak ada rahsia, apa sahaja kami akan kongsi… info, isi hati dan pendapat, semuanya kami kongsi. Alhamdulillah, kami sering bertoleransi,” kata Farhan.

Gempak bertemu dengan pasangan ini ketika mereka hadir ke rancangan bual bicara Mingguan Wanita semalam.

Berikut merupakan video penuh sesi temu bual Gempak bersama Farhan:

Artikel Berkaitan   [VIDEO] Gagal Memujuk Teman Lelaki, Wanita Ini Pula Yang Maut Dilanggar Kereta, Tercampak Jauh Di Atas Jalan