JAKIM Bekerjasama Dengan JAIS Mulakan Kes Sajad, Tapi Lain Pula Kata Sajad “JAKIM Tidak Bersungguh”

SHAH ALAM – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya memaklumkan pihaknya sudah memohon kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk mengambil langkah bersesuaian bagi menyelesaikan isu identiti usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat.

Perkara itu ditulis menerusi Twitternya sebagai respon kepada kenyataan Sajat yang memaklumkan bersedia untuk bekerjasama dengan Jakim bagi menyelesaikan isu itu sekali gus diberi panduan yang jelas dan terperinci mengenainya.

“Agar kerja yang dilakukan bijaksana, hikmah & tuntas… kali ini kita telah mohon kerjasama JAIS untuk mengambil langkah yang bersesuaian di bawah bidang kuasa negeri Selangor,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Sajat sedia bekerjasama dengan Jakim selain turut mendedahkan usahawan itu sudah mencuba pelbagai cara bagi menyelesaikan isu berkaitan identiti dirinya.

“Bukan saya tak cari jalan penyelesaian, setiap kali saya bawa isu ini ke pihak bertanggungjawab mereka memberitahu kes saya ini berprofil tinggi.

“Selama ini juga bukan saya tak mahu buat laporan perubatan seperti diminta, tetapi mereka (Jakim) hanya suruh saya pergi ke hospital tanpa sebarang surat sokongan. Kalau betul nak tolong, tolonglah betul-betul kalau tidak ia akan berpanjangan,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, tindakan Sajat memuat naik gambar dan videonya ketika mengerjakan umrah mencetuskan kontroversi apabila pelbagai pihak termasuk menteri dan mufti memberi maklum balas terhadap tindakan yang bukan sahaja mencemarkan imej Islam tetapi juga hubungan baik Malaysia dengan Arab Saudi.

kredit sinar harian

Artikel Berkaitan   Di Rumah Flat, Tiada Istilah Cop Parking Di Mana-Mana Premis, Denda RM2000 & Penjara 6 Bulan