
Sambil borak –borak lepas makan malam beberapa hari yang lepas, isteri bertanya kepada saya.
Fertigasi tu apa?
Pelik ni, tiba – tiba tanya pasal fertigasi balas saya.
Kenapa?
Taka ada apa, saje jer nak tahu. Sebab, baru ni kawan ada tanya.
Oo. Okeh.
Fertigasi ni asalnya daripada perkataan “fertigation”, iaitu gabungan perkataan “fertilizer” dan “irrigation”. Maksudnya, pemberian baja @ nutrient melalui system pengairan kepada zon pengakaran tanaman.
.
Fertigasi ni ada dua jenis, fertigasi tertutup dan fertigasi terbuka.
Fertigasi tertutup boleh dikelaskan kepada dua jenis. Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan Sertukur Pelindung Hujan beserta Rumah Kalis Serangga. Kedua – dua ni sangat sesuai di tanah tinggi. Macam yang kita tengok, benda ni banyak dekat Cameron Highlands dan Lojing. Biasanya kita akan tanam dengan sayur yang bernilai tinggi, contohnya tomato, strawberry, cili dan capsicum.
Fertigasi terbuka pun ada dua kategori juga. Satu fertigasi terbuka atas tanah dan satu lagi fertigasi gantung.
Untuk fertigasi atas tanah, ianya sesuai dibuat di kawasan yang rata dan tidak banjir. Fertigasi gantung pula sangat sesuai di kawasan rendah dan selalu banjir. Kedua – duanya boleh dikatakan pelengkap antara satu sama lain. Jadi, isu masalah kawasan yang tidak boleh diusahakan dengan pertanian boleh diselesaikan dengan teknologi fertigasi.
Bagi fertigasi terbuka, tanaman yang sesuai diusahakan seperti cili merah, cili solok, cili padi, terung, petola, timun, peria dan kacang panjang.
Bila kita nak menanam guna kaedah fertigasi, system pengairan mestilah guna system pengairan titis. Jenis baja yang digunakan adalah Larutan Cooper. Ada 10 bahan yang digunakan dalam campuran tersebut. Biasanya nama glamour orang panggil Baja AB.
Bekas tanaman kita akan guna pasu atau polybag. Paling glamour guna polybag sebab ianya murah dan ringan.
Dalam polybag tu, kita boleh masukkan cocopeat atau sekam padi bakar sebagai media tanaman. Yang terbaik guna campuran cocopeat + sekam padi bakar dengan nisbah 70 % : 30%.
Banyak kelebihannya bila kita tanam guna kaedah fertigasi berbanding system konvensional. Antaranya:
1. Mengurangkan kos operasi.
2. Meningkatkan produktiviti & kualiti.
3. Menjimatkan masa.
4. Meningkatkan kecekapan ladang.
5. Menjimatkan penggunaan air dan baja.
6. Mengelakkan pencemaran nutrien – garam tidak meresap ke dalam tanah.
7. Mengelak jangkitan bawaan tanah
.
Agak – agak boleh jelaskan tak bila ada kawan – kawan tanya lagi.
Ermm, payah juga nak hadam tu, jawab isteri.
Okey, macam ni. Nanti saya tulis siap –siap dan post di facebook, bila ada kawan – kawan yang tanya, awak tag jer dia. Selesai masalah.
Sila share info ini kepada rakan yang lain sebab mungkin ianya sangat berguna buat mereka.
Boleh follow Azuan Abdullah & Set See First ye untuk dapatkan lebih banyak ilmu dalam bidang pertanian. InsyaAllah.