Janda Anak Empat Berusia 54 Tahun Mengaku Berkhalwat Dengan Duda 37 Tahun

Janda anak empat didenda RM2,800 dan enam bulan penjara di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Berang, hari ini selepas ditahan berkhalwat dengan duda.

Selain itu, tertuduh berusia 54 tahun turut berdepan hukuman penjara enam bulan lagi sekiranya gagal menjelaskan denda berkenaan.

Pasangannya berusia 37 tahun pula didenda RM2,800 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh dihantar ke penjara selepas gagal menjelaskan denda berkenaan.

Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof selepas kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu berkhalwat.

Mengikut pertuduhan, mereka ditahan di dalam sebuah rumah di Ajil, Hulu Terengganu jam 9.45 pagi semalam (12 Ogos). Sebelum ini, tertuduh wanita pernah didenda RM2,600 kerana kesalahan sama pada April 2017. Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu, Nurul Taqwa Hasbul

kredit borak daily

Artikel Berkaitan   “Wei, Kau Gila Ke Memandu Lawan Arus” Ramai Orang Yang Menuduh Wanita Ini, Ini Jawapan Wanita Tersebut