“Jangan Berharap Kesetiaan Dari Orang Yang Tak Setia” – Bonda Rozita Ibrahim pula dikatakan turut ‘unfollow’ menantunya di IG

Kemelut rumah tangga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri hangat diperkatakan apabila surat tuntutan cerai Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial apabila didedahkan oleh Aliff sendiri di Instagram miliknya.

Rumah tangga pasangan itu dikatakan berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu. Tidak lama kemudian, ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim pula dikatakan turut ‘unfollow’ menantunya di IG juga.


Shahida berkata dia tidak mengambil kisah mengenai perkara itu kerana itu adalah hak dan pilihan masing-masing. Bagaimanapun, baru-baru ini satu perkongsian Bonda Rozita menjadi perhatian ramai dan membuat spekulasi ianya ditujukan kepada menantunya, Datin Shahida.


Menerusi perkongsian itu, Bonda Rozita memuat naik status mengenai kata-kata nasihat mengatakan kesetiaan adalah harga mati dan jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tak setia.

Ujarnya lagi, jika diberi pilihan antara paras rupa, kekayaan dunia dan setia sebagai ukuran ciri pasangan hidup, dia akan memilih setia. Status tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mendakwa ianya ditujukan kepada menantunya.

Mungkin kerana timbul pelbagai skekulasi dari netizen, difahamkan ruangan komen perkongsian oleh Bonda Rozita itu telah pun ditutup.

Apa pun netizen janganlah terlalu cepat membuat dakwaan liar, mungkin perkongsian itu ditujukan kepada umum. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk rumah tangga mereka.

Sumber : rotikaya

Artikel Berkaitan   Sufian Suhaimi Dipilih Sebagai ‘Most Admired Leader’