“Jangan Buat Remeh Arahan PDRM” Anggota Polis Terlalu Penat, Tak Sempat Balik Rumah, Tidur Pakai Uniform Lagi

Pada 10 April yang lalu, telah diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan 2 minggu lagi bermula 15 April sehingga 28 April. Secara tidak langsung, anggota beruniform seperti PDRM dan ATM akan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan untuk sama-sama membantu para petugas kesihatan membendung penularan wabak C0VlD-19.

Tak sempat ganti pakaian sebab terlalu letih

Baru-baru ini, tular di laman Facebook Kami Sokong PDRM telah berkongsi foto yang menunjukkan kelelahan anggota beruniform selepas bertugas. Dalam perkongsian tersebut, mereka dikatakan sudah selesai melakukan tugasan dan mengambil peluang untuk berehat. Malah, mereka tidak sempat menukar pakaian dan terus tertidur akibat terlalu letih.

Janji korang semua selamat

Seperti diketahui ramai, mereka kini terlibat dalam pelaksanaan PKP selain membasmi penjenayah seperti biasa. Mereka tabah mengharunginya dan sentiasa memastikan keselamatan rakyat kekal terjamin. Oleh sebab itu, seluruh masyar4kat diseru agar mereka tetap duduk di rumah bagi mencegah penularan ini sehingga berjaya.

Kesiannya…h4rap tabah menempuh ujian ini

Siapa sangka, posting tersebut telah mendapat lebih daripada 2 ribu perkongsian setakat ini. Melihat ke ruangan komen, rata-rata para netizen sebak melihat foto tersebut dan berterima kasih atas perjuangan mereka semua. Tidak berhenti setakat itu, ada juga yang mendoakan agar pejuang barisan hadapan sentiasa dilindungi dan bebas daripada virus tersebut.

Tak Sempat Ganti Pakaian Sebab Terlalu Penat, PDRM Hanya Mahu Rakyat SelamatTak Sempat Ganti Pakaian Sebab Terlalu Penat, PDRM Hanya Mahu Rakyat SelamatTak Sempat Ganti Pakaian Sebab Terlalu Penat, PDRM Hanya Mahu Rakyat Selamat

kredit satkoba

Artikel Berkaitan   “Padanlah Tak Nampak” Balik Dari Oversea, Pelakon Puteri Aishah Disahkan Positif Covid-19