Jangan Kufur Nikmat! Kita Sering Merungut Doa Tidak Dimakbulkan, Padahal 8 Cara Allah Bagi Rezeki Kepada Seseorang,

Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya oleh Allah dan ianya adalah berbeza-beza mengikut setiap manusia. Janganlah, kita merungut atau angkuh apabila dikurniakan rezeki. Sebagai manusia, kita hendaklah yakin dan percaya bahawa rezeki Allah itu amat luas. Kita boleh mengubahnya dengan usaha dan doa.

Mari kita lihat serba sedikit perkongsian mengenai jenis-jenis rezeki daripada Puan Nora Zyan agar minda kita akan lebih terbuka tentang rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita iaitu hambaNya.

8 Jenis Rezeki yang patut diketahui ialah:

  1. Rezeki Yang Telah Dijamin
  • Kita tidak perlu terlalu bimbangkan urusan rezeki kerana Allah telah menjamin bahagian rezeki kita di dunia sejak berada di dalam kandungan lagi.

  1. Rezeki Kerana Usaha
  • Walaupun kita sudah dijamin rezeki oleh Allah, namun bukan bermakna kita hanya duduk menunggu rezeki datang tanpa sebarang usaha.

  1. Rezeki Kerana Bersyukur.
  • Allah sangat suka hamba-Nya yang bersyukur. Syukuri segala nikmat yang Allah kurniakan akan menjemput lebih banyak keberlimpahan rezeki.

  1. Rezeki Tidak Terduga
  • Terkadang ada juga rezeki yang datang tidak dijangka seperti kawan atau bos tiba-tiba belanja.

  1. Rezeki kerana Istighfar
  • Dosa menjadi salah satu punca rezeki tersekat. Istighfar dan memohon keampunan atas dosa yang dilakukan akan membuka pintu rezeki.

  1. Rezeki Kerana Menikah
  • Jangan takut untuk bernikah atas faktor rezeki kerana Allah sudah menetapkan rezeki untuk hambaNya yang menikah.

  1. Rezeki Kerana Anak
  • Saat anak lahir ke dunia, saat itu juga ia membawa rezeki. Allah juga sudah menetapkan rezeki utuk anak tersebut.

  1. Rezeki Kerana Sedekah
  • Saat bersedekah, Allah telah menjanjikan balasan sepuluh kali ganda daripada harta yang kita sedekah.

*Kita hendaklah sentiasa yakin bahawa rezeki dikurniakan oleh Allah itu selalu ada cuma ianya daripada pelbagai bentuk. Tidak semestinya rezeki itu merupakan rezeki yang boleh nampak dengan mata kasar tetapi harus dilihat dengan mata hati.

Artikel Berkaitan   Kisah Jenazah Seorang Wanita Cantik Di Tolak Bumi, Kerana Melakukan Ini Semasa Hidup