Jangan Main-Main Sebut Talak Kepada Pasangan Tapi Ada 8 Keadaan Talak Tidak Jatuh

Isu keretakan rumah tangga sering tular di media sosial dan semakin menjadi-jadi tidak kira dalam kalangan artis mahupun rakyat biasa. Oleh kerana itu, apabila ingin membuat keputusan untuk membina rumah tangga harus memikirkan seribu seratus kali. Dan harus betul-betul bersedia untuk melangkah masuk ke alam perkahwinan yang penuh dengan pelbagai cabaran.

Dalam sebuah hadis sahih sudah pun dinyatakan mengenai talak dan penceraian dilarang untuk dibawa bergurau. Terdapat tiga perkara yang dinyatakan dalam hadis tersebut iaitu nikah, cerai dan rujuk semula.

ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ

Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).

Riwayat Abu Daud (2194)

Menurut para tafsir melalui Kitab al-Muktamad (4/157), larangan yang dimaksudkan walaupun dikata secara gurauan ia tetap akan beralih kepada maksud asal. Dalam erti kata yang lebih mudah, hukum suatu talak dikira jatuh.

Namun, banyak huraian yang diberikan oleh para ulama berkenaan lafaz talak, sebelum talak tersebut dikira jatuh ataupun tidak.

Ucapan talak yang tidak dikira

  1. Orang yang tidur
  2. Orang yang gila
  3. Orang yang sabq al-lisan (terlepas cakap)
  4. Orang yang menyeru; yakni jika seseorang itu memiliki isteri yang bernama “taliq” yang bermaksud orang yang diceraikan
  5. Penggunaan lafaz yang tidak difahami
  6. Dipaksa dan mabuk atas sebab uzur

Perkara yang ketiga sering menjadi pertanyaan banyak pihak iaitu talak yang dikeluarkan daripada orang yang terlepas ckap. Pihak Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan jenis ucapan talak ini berdasarkan kitab al-Mu;tamad al-Fkh al-Syafie 4/164) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili, iaitu:

“Jika seseorang lelaki terlepas cakap melafazkan talak tanpa berniatkan makna bagi huruf-huruf talak, maka lagha, tidak jatuh talak. Begitu juga jika seseorang melafaz talak kerana menceritakan kisah orang lain, atau seorang ahli fikh yang berulang kali menyebut talak dalam pengajaran dan contoh yang diberi, maka lagha juga kerana tiada niat.”

Artikel Berkaitan   Bila Ayam Berkokok Tengah Malam Maka Bangunlah Segera, Ini Kata Rasulullah

Oleh kerana itu, Islam melarang untuk kita bergurau dengan perkara tersebut. Sebab itulah, ilmu merupakan perkara penting dalam sebuah rumah tangga suapaya perkara yang tidak diingini berlaku. Penceraian juga merupakan perakara yang paling digemari syaitan kerana ia boleh memutuskan keturunan Nabi Adam AS.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan