Jangan Terkejut! Ini Adalah Fakta Pelik Tapi Benar, Menonton Filem Seram Boleh Turunkan Berat Badan Anda

Pelbagai cara yang kita mungkin baca dan lihat bagaimana untuk menurunkan berat badan. Antaranya mungkin dengan cara mengawal pemakanan dan melakukan senaman.

Tetapi menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti of Westminster, menonton filem seram boleh mendatangkan pelbagai manfaat, seperti membakar kalori dan meningkat mood.

Dipetik daripada The Guardian, ia bergantung juga kepada individu yang menonton filem seram berkenaan.

Penyelidik berkenaan menjalankan kajian pada 10 responden dan merekodkan kadar degupan jantung, pengambilan oksigen dan karbon dioksida.

Richard Mackenzie, salah seorang daripada penyelidik berkenaan mendapati, apabila kita menonton filem seram, otak akan bertindakbalas terhadap sistem saraf, menyebabkan lemak dibakar untuk mendapatkan tenaga.

Dalam kajian lain oleh US National Library of Medicine National Institutes of Health, menonton filem seram juga menyebabkan badan menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Foto: Era FM

Berikut adalah senarai 10 filem seram dan bilangan kalori yang dibakar setiap kali menonton filem berkenaan:

  1. The Shining: 184 calories
  2. Jaws: 161 calories
  3. The Exorcist: 158 calories
  4. Alien: 152 calories
  5. Saw: 133 calories
  6. A Nightmare on Elm Street: 118 calories
  7. Paranormal Activity: 111 calories
  8. The Blair Witch Project: 105 calories
  9. The Texas Chain Saw Massacre: 107 calories
  10. [Rec]: 101 calories

Sumber:

  1. US National Library of Medicine National Institutes of Health
    2. The Guardian
    3. Era FM
Artikel Berkaitan   Risiko Hamil Jarak Dekat, Ibu Ini Meninggal Dunia Rahim Pecah. Mohon SHARE~