“Jauh Termenung Tu Teringat Sape Tu?” Gelak “Abang2” Neelofa Buat Netizen Terhibur

Selebriti serba boleh bernama Neelofa ini sering sahaja mencuri perhatian ramai. Wajah dan kulitnya cukup mulus serta cantik berseri. Menjadi pilihan pelbagai jenama antarabangsa, Neelofa memiliki aura dan keistimewaannya yang tersendiri.

Cukup rapat dengan ahli keluarganya yang lain, Neelofa sering juga meluangkan masa bercuti bersama adik-beradik dan ibunya yang tercinta. Terbaru, percutian Neelofa bersama keluarga di Langkawi memaparkan keakraban hubungan kekeluargaan mereka.

Beberapa foto dan video yang dikongsikan ketika percutian tersebut menjadi tumpuan ramai. Salah satunya adalah video Neelofa di atas bot yang sedang menikmati pemandangan cukup indah. Menerusi video tersebut, kelihatan Neelofa sedang termenung memerhatikan keindahan alam sekitarnya.

Dalam rakaman itu kedengaran juga suara ibunya yang mengusik Neelofa, bertanyakan teringat siapa nak? Kemudian diikuti dengan suara gelak tawa. Video tersebut dikongsikan semula oleh seorang pemilik Twitter dengan nama akaun Zaty dan telah meraih perhatian ramai.

Video tersebut telah meraih lebih 375 ribu tontonan dan 5 ribu likes serta lebih seribu retweets. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video Neelofa di atas bot ini di ruangan komen seperti berikut:

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Biarlah Apa Orang Nak Kata, Ada Yang Pandang Seronglah” Walaupun Banyak Duit Bapa Ini Tetap Kahwinkan Anak Dalam Majlis Yang Sederhana