“Jgn Berharap Utk Mendapatkn Kesetiaan Dr Org Yg X Setia” Sudah Tidak Follow IG, Posting Bonda Rozita Untuk Datin Shahida?

Terdahulu peminat dapat menghidu apabila Dato’ liff tidak lagi mengikuti isterinya di laman Instagram dan terbau ibu kepada Dato’ Aliff, Bonda Rozita juga dikatakan berbuat demikian.

Kontroversi yang melanda rumah tangga ahli perniagaan terkenal Dato’ Aliff Syukti dan Datin Shahida makin rancak diperkatakan. Jika sebelum ini hanya mendengar khabar angin tentang permohonan cerai yang dibuat oleh Datin Shahida, namun kini Dato’ Aliff seolah-olah memberi bayangan kepada masaIah rumahtangga mereka.

Menjawab persoalan adakah turut berdepan krisis dengan ibu mentua, Shahida berkata, dia tidak tahu ibu mentuanya ‘unfolow’ dalam IG.

“Saya tak perasaan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya.“Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen.

“Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun,” katanya kepada salah sebuah akhbar hiburan.Selain itu netizen sudah mula menghidu nasihat-nasihat yang dimuat naik oleh Bonda Rozita seolah-olah untuk menantunya, Datin Shahida.

KENYATAAN BONDA ROZITA YANG DIKATAKAN PERLI MENANTUNYA

Jgn berharap utk mendapatkn kesetiaan dr org yg x setia.. kerana setia itu x mudah dilakukn..

Setia itu mahal..! jd jgn pernah berharap utk mendapatkn kesetiaan tu dr orang yg x boleh menjaga dirinya..

Kerana setia itu bukan mudah..! perlukn komitmen yg kuat supaya menjadi orang yg setia.. apalagi byk godaan yg datang..

Kerana kesetiaan itu tersangat lah mahal..!

Kesetiaan adalah rasa patuh bg setiap orang yg berpegang teguh pd komitmen sebuah perhubungan..setia mmg menjadi kata yg mudah utk diucapkn..namun x mudah utk menepatinya

Setia adalah pilihan..!

Jika ditanya bonda..adakah paras rupa..kekayaan dunia menjadi ukuran sbg pasangan hidup..??? Sy akn jawab..”setia lah pilihan utama sy..”

Perkongsian yang dimuat naik oleh Bonda bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang dari pada pengikutnya. Mereka mendakwa seolah-olah Bonda ingin tujukan luahan tersebut buat Datin Shahida.

Artikel Berkaitan   Bekerja Dari Rumah, Wartawan Asyik Menceritakan Tentang Situasi Cuaca Tiba-Tiba Melompat “Tetamu Tak Diundang”

Setia tu bagus tapi jangan sampai memudaratkan. Tak boleh terus setia bonda kalau org yg sepatutnya jd laluan jln ke syurga tak bole pimpin tgn kita..Allah suka kalau kite berat fikirkan psl org lain tp Allah lg suka kalau kite lebih sayangkn diri kite dulu..& cari jln terbaik utk ke syurga.

Mungkin ni ujian untuk Bonda. Teguran dari Allah. Sebelum ni pun Bonda selalu hebahkan semua yg jadi menantu Bonda tu kena melepasi piawaian Bonda,kena lulus bab agama,Bonda yg akan pilih siapa selayaknya jadi menantu.

Ssesapa yg follow ig bonda mesti perasan. Allah nak tegur la tu hanya Allah saja yang layak ‘mengkelaskan’ hambaNya

kredit ceritaa