“Jijik betul perangai macam ni” – [VIDEO] Wanita Bukak Bungkusan Telur, Pilih & Tukar Sebelum Bayar

Viral di Twitter satu video menunjukkan seorang wanita sedang memilih bungkusan telur di sebuah pasar raya. Video itu mendapat perhatian disebabkan sikap wanita tersebut yang ‘buat perangai’ sebelum memilih bungkusan untuk dibayar.

Dalam video itu wanita tersebut dilihat memilih telur di antara dua bungkusan dan mengasingkan mengikut pilihan dia. Lepas dah berpuas hati, wanita itu terus mengambil bungkusan telur yang dah dipilih dan masukkan ke dalam bakul barangnya.

Bermacam jenis respon ada dari pengguna Twitter di mana ada yang rasa marah dengan sikap wanita tersebut dan ada juga yang berkata ‘statement’ admin @My_CrimeWatch salah.

Mengikut posting My Crime Watch itu, wanita tersebut dikatakan menukar telur gred tinggi ke dalam bungkusan gred rendah hanya semata-mata untuk bayar pada harga yang lebih murah.

So, certain netizen berkata wanita itu cuma memilih telur yang lebih elok dan meletakkan dala bungkusan gred telur yang sama.

Tak dinyatakan di mana kejadian ini berlaku tapi ada beberapa netizen berkata ianya terjadi di Singapura. Ada juga yang ceritakan pengalaman mereka nampak pelanggan jenis ‘cheapskate’ macam ni.

Sumber : Lobakmerah

Artikel Berkaitan   “Kurang ajarnya masih sama…” – Video Shuib & Mamat saling melawak ramai yang luah rindu