“Jijik Punya Game, Jangan Ajak Orang Lah” Wanita Dikecam Jilat Mangkuk Tandas Gara-Gara Ajak Orang Main “Corona Challenge”

NEW YORK: Seorang pengguna TikTok mengundang kemarahan orang ramai selepas memuat naik video cabaran koronavirus di platform itu.

Daily Star melaporkan Ava Louise, 22, berkongsi video dia menjilat mangkuk tandas dengan kapsyen cabaran koronavirus.

Video itu dipercayai dirakam dalam tandas pesawat dan ditonton lebih dua juta kali sejak dimuat naik kali pertama pada Sabtu.

Rata-rata netizen mengecam tindakannya dan menyifatkan wanita itu sanggup melakukan apa sahaja demi untuk popular di media sosial.

Mereka juga bengang dengan sikap Ava yang seolah mempermainkan virus yang kian menular itu.

Ia juga dilihat sebagai tidak sensitif memandangkan wabak itu sudah menyebabkan kematian lebih 6,000 orang.

Pengguna Internet mengutuk tindakan Ava yang dilihat mempermainkan isu berhubung Covid-19.

“Tidak, tolong jangan buat cabaran koronavirus dan kelihatan bodoh menjilat mangkuk tandas itu,” katanya.

“Ya, kebodohan yang masih berlaku,” kata netizen kedua.

Netizen ketiga juga sependapat apabila tidak dapat memikirkan apa sebenarnya yang dimahukan wanita itu.

“Saya tidak dapat berfikir bila tengok aksi jijik begini,” katanya.

Dalam pada itu, Ava menerusi Twitter mengatakan itu bukanlah perkara yang paling buruk yang pernah dilakukannya.

Artikel Berkaitan   Teknik Membina Tabung Perkahwinan Sehingga RM26K Dengan Modal RM275. Ikut Sahaja Steps!