Jijiknya… Lelaki Ini Ratah Kucing Hidup-Hidup..

SEORANG lelaki dilaporkan makan kucing hidup-hidup dengan perbuatannya itu dirakam dan tular di Internet.

Lelaki dikenal pasti sebagai Abah Grandong dilaporkan bertugas sebagai pengawal keselamatan dan mendakwa sekadar mahu menakutkan pemilik warung yang tidak mahu menutup kedai selepas mendapat perintah berbuat demikian di Kemayoran.

Geram dengan sikap pemilik warung, dia yang bertopi dan memakai kemeja coklat ketika itu memakan seekor kucing di tengah jalan di Kemayoran, Jakarta Pusat.

Rakaman video itu kemudiannya dimuat naik di Facebook sehingga mencetuskan usaha untuk mencarinya.

Abah bagaimanapun kemudian menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Jakarta Pusat dengan ditemani keluarganya, lapor stesen televisyen tempatan, Indosiar.

Menurut Liputan6 melaporkan, dia mungkin berdepan hukuman penjara sehingga sembilan bulan kerana menganiaya haiwan.

Ahli keluarganya turut memohon maaf kepada masyarakat Indonesia selepas rakaman video berkenaan tular.

Seorang daripadanya, Deden dipetik Kompas berkata, lelaki itu pernah menuntut ilmu hitam sehingga sering dirasuk dan melakukan perkara aneh.

Artikel Berkaitan   “Allah Saja Yang Tahu Betapa Busuknya Rumah Kami, Peti Sejuk Dipenuhi Ulat, Terdapat Juga Tikus”