“Jika Suami Tak Jalankan Tanggungjawab Biarkan Saja, Tak Akan Selamat Pun. Kita Fight For Our Children & Ourselves! Bangkit”

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar mendedahkan dia sering didatangi ramai wanita yang mempunyai masalah keluarga dan meminta bantuan kewangan daripadanya semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak sampai hati dengan nasib yang menimpa kaumnya itu, Lufya akui sedikit sebanyak telah membantu dengan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

“Serius pening kepala bila baca DM (mesej peribadi) terlalu ramai wanita di luar sana yang minta bantuan sejak dari mula PKP.

“Mula-mula tu bantulah jugak beberapa wanita yang mohon bantuan kewangan sebab nak makan dan beli susu anak pun tak ada duit. Siap tunjuk slip bank tinggal beberapa sen je dalam akaun bank.

“Ya Allah memang tak sampai hati dengar luahan panjang berjela. Yang ada suami tak kerja, yang kerje pun ada yang suka pukul tampar, curang tak ingat nak kasi makan, pakai anak bini, macam-macam keslah.

“Kesian memang kesian tapi kita semua tengah struggle to survive,” katanya. Lufya berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Lufya akui kasihan dengan nasib mereka, namun ia berpendapat wanita harus bangkit untuk pertahankan diri dan anak-anak tanpa mengharapkan sesiapa.

“Kerja keras untuk menyara diri, anak dan keluarga. Amalan minta-minta ni Allah tak suka, usahalah sesuatu dan buat sungguh-sungguh.

“Jika suami tak jalankan tanggungjawab biarkan saja, tak akan selamat pun. Kita diberi peluang kat dunia ni untuk dapat darjat yang tinggi kerana pengorbanan kita di dunia ini.

“Kita fight for our children & ourselves! Bangkit dan berjuang jangan harap belas kasihan manusia. Rezeki tahu mana kita berada. Usaha gagal, usaha lagi, gagal,usaha lagi! Takkan Allah tak bantu kita untuk berjaya satu hari nanti?

Artikel Berkaitan   Cinta Suami Akan Terus Melekat Seperti Magnet Jika Isteri Buat 7 Perkara Ini

“Yang penting belajar dulu apa sahaja bisnes yang kita nak buat. Kalau nak selamat dunia akhirat beradalah bersama orang-orang yang menjalankan perniagaan yang bermanfaat untuk orang lain dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

“Anda akan berjaya dengan mudah dan konsisten kerana anda buat sesuatu kerja tu kerana Allah Taala,” katanya lagi.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pendapat Lufya.

Sekadar info, pergolakan rumah tangga Lufya dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dapat dihidu wartawan pada Oktober 2018. Sehingga kini, kes perceraian masih tergantung.

Lufya dan suami mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

View this post on Instagram

Serious pening kepala bila baca dm terlalu ramai wanita di luar sana yg minta bantuan sejak dari mula pkp lagi. Mula-mula tu bantu la jugak beberapa wanita yang mohon bantuan kewangan sebab nak makan n beli susu anak pun tak ada duit. Siap tunjuk slip bank tinggal beberapa sen je dalam account. Ya Allah memang tak sampai hati dengar luahan panjang menjela. Yang ada suami tak keje, yang keje pun ada yang suka pukul tampar, curang tak ingat nak kasi makan, pakai anak bini, macam2 kes la. Kesian memang kesian tapi kita semua tengah struggle to survive .. . Kerja keras untuk menyara diri, anak dan keluarga. Amalan minta-minta ni Allah tak suka, usahalah sesuatu dan buat sungguh-sungguh. Jika suami tak jalankan tanggungjawab biarkan aja, tak akan selamat pun.. Kita diberi peluang kat dunia ni untuk dapat darjat yang tinggi kerana pengorbanan kita di dunia ini. Kita fight💪🏻 for our children n ourselves! Bangkit dan berjuang jangan harap belas kasihan manusia. Rezeki tahu mana kita berada. Usaha gagal, usaha lagi, gagal,usaha lagi!!! Takkan Allah tak bantu kita untuk berjaya satu hari nanti? Yang penting study dulu apa sahaja bisnes yang kita nak buat. Kalau nak selamat dunia akhirat beradalah bersama orang2 yang menjalankan bisnes yang bermanfaat untuk orang lain dan bukan untuk kepentingan diri sendiri. Anda akan berjaya dengan mudah dan konsisten kerana anda buat sesuatu kerja tu kerana Allah Taala. Mari kita lakukan perubahan💪🏻 Jom jumpa Lufya orang2 Johor!! Peluang bisnes PERCUMA dan guidance dari orang2 yang hebat di FOREVER💪🏻 . Orang-orang Batu Pahat yang nak mencari pendapatan tanpa modal boleh jom Lufya pada . 🔥 . 🔥Sabtu depan 18hb , BATU PAHAT ini untuk kelas coaching secara percuma! . 🔥Ahad 19hb JOHOR BAHRU . Yang berminat boleh dm fya😘 Mari jumpa orang- orang positif dan hebat! kita cedok ilmu mereka dan jadi berjaya seperti mereka.🤲🏻 #wonderwomaninforever #foreverliving #bestsuplement #fishoil #arcticsea #aloevera #pomesteen #bussinessoppurtunity

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

kredit gempak