Jiran Datang Dan Membuka Sarung Parang, Lalu Meluru Dan Menikam 3 Sekeluarga Malang Ini

KUANTAN – Tiga sekeluarga cedera ditetak dengan parang oleh seorang lelaki yang juga jiran mereka dalam kejadian di Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut, Pahang.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, mangsa Mohd Nor Alami Zainal Abidin, 31, dan anak saudaranya, Nor Syashakilla Hasbullah, 20, cedera dan luka di tangan manakala bapanya Zainal Abidin Omar, 63, cedera ditikam beberapa kali di perut.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam tadi suspek datang ke rumah mangsa dipercayai mengalami halusinasi dan gangguan mental.

“Suspek sebelum ini pernah mendapat rawatan sakit mental. Anak mangsa, Maizaituakmarani Zainal Abidin, 40, memaklumkan ketika kejadian dia baru hendak tidur di ruang tamu bersama anaknya Nor Syashakilla.

“Ketika itu, adiknya Mohd Nor Alami yang sedang menonton televisyen di ruang tamu telah keluar dari rumah kerana terdengar seseorang memanggil namanya.

“Selang beberapa ketika, Maizaituakmarani terdengar Mohd Nor Alami memanggil nama suspek beberapa kali tetapi lelaki itu sudah berada di pintu rumah sambil memegang sebilah parang tanpa sarung,” katanya.

Mazlan berkata, Mohd Nor Alami yang ketakutan menyelimuti dirinya daripada dilihat oleh suspek tetapi suspek telah meluru masuk ke dalam rumah dan menghampiri Nor Syashakilla lalu menikam mangsa.

“Akibat jeritan Mohd Nor Alami, Zainal Abidin telah keluar dari bilik tidur dan terus ke ruang tamu namun suspek bertindak pula menikam perut Zainal Abidin beberapa kali. Mohd Nor Alami juga telah ditikam sebelum suspek melarikan diri,” katanya.

Mazlan berkata, Norsyashakilla dan Zainal Abidin dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Jerantut manakala Mohd Nor Alami telah mendapat rawatan di Hospital Bandar Pusat Jengka.

Artikel Berkaitan   Memiliki Bakat Menulis “Leonardo Da Vinci’ Yang Luar Biasa. Pelajar Ini Mencetuskan Kekaguman Orang Ramai

Menurutnya, semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut

“Polis berjaya menahan suspek dan turut merampas parang berukuran 40 sentimeter termasuk hulunya dan pakaian suspek yang terdapat kesan darah,” katanya.