“Jom Kita Sama-Sama Boikot Dia, Dulu Kita Pernah Buat Dan Berjaya, Sekarang Kita Lancarkan Kembali”- PU Amin

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Pendakwah Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau dikenali sebagai PU Amin, 30, menggesa orang ramai berhenti daripada mengikuti perkembangan usahawan kosmetik Muhammad Sajad Kamaruzzaman terutama di media sosial.

Gesaan PU Amin dibuat susulan tindakan Muhammad Sajad atau Sajat yang tampil seksi di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Aku minta netizen dan seluruh pengguna media sosial boikot dan lapor Instagram bangjat (Sajat).

“Jom kita sama-sama boikot dia, dulu kita pernah buat dan berjaya, sekarang kita lancarkan kembali, ini tindakan sebaiknya.

“Saya juga desak pihak berkuasa ambil tindakan dengan memadamkan semua media sosial bangjat dari alam maya.

“Berikan ruang pada dia untuk bertaubat dan kembali pada jalan Allah,” katanya di Instagram, hari ini.

Sebelum ini, Sajat tular di media sosial selepas dikatakan mengerjakan ibadah umrah dengan berpakaian muslimah.

Bagaimanapun, Sajat tampil memohon maaf selepas dipanggil pihak berkuasa agama untuk memberikan penjelasan.

Terdahulu, Amin berkata usaha dakwahnya terhadap Sajat akan diteruskan selain berharap terdapat perubahan pada diri usahawan itu.

View this post on Instagram

Bangjat pergi mekah pakai baju perempuan, bangjat dah guris hati ummat islam seluruh dunia, nama orang malaysia busuk sebab kan bangjat, bangjat balik umrah nangis nak taubat tak nak buat lagi, semua orang percaya dan bagi peluang, lepas habis kes umrah bangjat terus joget pakai bikini, video bangjat budak budak sekolah buat bahan lucah, bangjat kata produk bangjat bagus, bagus apa nya yang pakai lelaki palsu, kami boikot supaya bangjat sedar , kami ummat islam benci kelakuan bangjat, sebab sayang kita boikot bangjat, esok bangjat dah kembali kita ramai ramai support bangjat.. . Kita boikot dan desak pihak berkuasa ambil tindakan, padam kan semua media sosial milik bangjat, biarkan bangjat menyindiri memohon taufiq dari allah swt. Bantu bangjat dengan boikot! jangan beli langsung produk dia. Kita kena bertindak sebelum terlambat, sebelum bencana lebih besar melanda.. . Bangjat kata tak guris hati orang? Malu lah kat orang bukan islam, dorang ada juga yang pondan yang lembut tapi tak ada tonjolkan gaya macam bangjat ni, dorang dengan cara dorang sendiri je. Bangjat dah dah lah, sampai bila malaysia nak kena ada identiti manusia macam ni. Baca lah bangjat, nanti saya buat video kang, habis orang kata tak ada hikmah dalam dakwah pula.. Tolong bangjat! You are the men bang jat..

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on

 

“Sebenarnya aku malas sudah hendak buat benda sama (nasihat) sejak 2018. Benda sama yang berulang dan tidak ada perubahan.

“Walaupun sudah cium kelambu Kaabah sambil menangis, dia tetap ulang benda sama. Ya Allah berilah pengajaran kepada manusia ini, dia sering mempermainkan dan merosakkan agama-Mu ya Allah.

“Kita akan terus doakan dia dan dalam masa yang sama tindakan tegas wajib dikenakan pada dia,” katanya lagi.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Hati-Hati Taktik Terbaru Scammer Tentang Tunggakan Cukai. 3 Warga Emas Ini Berputih Mata Lesap Rm500,000 Sekelip Mata