
PETALING JAYA, 6 Ogos — Keterujaan seorang kanak-kanak untuk pulang menonton rancangan kartun Doraemon menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa penculikan 12 tahun lalu.
Menceritakannya di Twitter, Eva Natasha, pengguna akaun Yrhighnesseva yang kini meningkat remaja, mengesyaki beliau hampir menjadi mangsa, tidak lama selepas negara digemparkan dengan kes Nurin Jazlin.
Eva ketika berusia 11 tahun, dihampiri seorang lelaki yang meminta bantuannya untuk memberi makan kepada kucing ketika beliau baru pulang dari pasar malam seorang diri.
Sambil menunjuk ke arah lombong gelap, lelaki itu seolah-olah memujuk beliau mengikutinya ke belakang tasik.
“Saya pada mulanya berminat namun kemudian saya menolak pemintaan lelaki itu kerana mahu menonton Doraemon. Jadi saya mahu balik cepat-cepat,” kata Eva yang kemudian dimarahi kerana menolak permintaan tersebut.
Actually, Im nearly one of the victim after the missing of arwah Nurin Jazlin. I believe she still alive that time. A man approached me asking for help to feed a kucing. I was 11y/o that time just got back from pasar malam alone. I love cats so i ask “kat mana kucing tu?” cont https://t.co/l7wWGE0LV7
— Eva Natasha