Jom Try Pucuk Paku Masak Lemak, Resepi Untuk Tengahari Ni, Cik Suami Mesti Suka

  • 2 ikat pucuk paku
  •  2 biji keledek oren- dipotong sederhana
  •  2 cawan santan pekat
  •  2 cawan air
  •  1 batang serai – diketuk
  •  3 ulas bawang putih-dikisar
  •  2 ulas bawang merah- dikisar
  •  5 tangkai cili padi hijau- dikisar
  •  1 inci kunyit hidup- dikisar
  •  sedikit garam, gula, ajinomoto
  1. Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk bersamam serai, air dan santan. Tunggu sehingga mendidih.
  2. Masukkan ubi keledek dan masak sehingga ubi empuk.
  3. Seterusnya masukkan bahan perasa kacau sebentar.
  4. Akhir sekali masukkan pucuk paku.
  5. Masak sehingga pucuk paku empuk.
  6. Sedia untuk dihidang.
Artikel Berkaitan   Cara Masak Yang Betul, Telur Itik Masak Lemak Dengan Belimbing Buluh