JPJ Tawar Diskaun Saman 70 Peratus Sempena Bulan Kemerdekaan

PUTRAJAYA, 28 Julai – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengurangan pembayaran saman kepada semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata, tawaran tersebut yang bermula 1 hingga 31 Ogos itu dilaksanakan bersempena sambutan bulan kemerdekaan.

“Tawaran ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta kaedah-kaedah dan perintah-perintah di bawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

“Sebanyak 70 peratus pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah akta tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pengurangan saman tersebut akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

“Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan,” tambah kenyataan itu lagi.

70% DISKAUN BAGI PEMBAYARAN SAMAN JPJ DAN SPAD SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN BERMULA 1 OGOS 2020 SEHINGGA 31 OGOS…

Posted by Wee Ka Siong on Selasa, 28 Julai 2020

Artikel Berkaitan   'Aku akan pisahkan kepala babi kau dari badan kau' - Terima ugutan bunuh, Setpol Lim Kit Siang buat laporan polis