Jual Kasut Emas Kepada Awam, Kisah Khalid Jamlus Pula Buat Netizen Sebak

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas bintang bola sepak Perak, Khalid Jamlus, melelong beberapa barang peribadi termasuk kasut emas yang dimenanginya sebelum ini menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat.

Khalid melakukan lelongan itu dalam satu sesi Facebook Live, Jumaat lalu, dan berjaya menarik lebih 1,000 penonton.

Kasut emas itu dimenangi Khalid pada tahun 2002, sebagai penjaring terbanyak tempatan dengan menjaringkan 17 gol. Selain kasut emas, turut dilelong ialah pingat dan jersi.

Ramai yang mempertikaikan tindakan Khalid itu kerana barang-barang tersebut dilihat mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Namun Khalid memberitahu dia terpaksa berbuat demikian sebagai langkah survival selepas tiga tahun tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Dalam kemas kini terbaharu di Facebook, Khalid yang pernah beberapa kali menyarung jersi kebangsaan memaklumkan dia dihubungi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk satu sesi pertemuan.

“Insya-Allah mungkin ada sinar,” tulis Khalid pada kapsyen gambar tangkap layar perbualannya dengan Wan Fayhsal menerusi WhatsApp.

kredit astro awani

Artikel Berkaitan   Panduan Solat Manakah Yang Betul.. Tangan Dulu Ataupun Lutut Ketika Turun Sujud ?