Kadang-Kadang Kita Pelik Kucing Selalu Buta Warna, Rupanya Ini Beza Pandangan Kucing Dan Manusia

Macam mana agaknya pandangan daripada mata seekor kucing?

Nickolay Lamm telah menunjukkan pandangan daripada mata seekor kucing, berbanding dengan manusia. Menurut Lamm, perbezaan paling utama antara kucing atau anjing berbanding manusia ialah retina, lapisan tisu pada mata yang mempunyai sel yang dikenali sebagai photoreceptors.

Sel ini akan menukar cahaya yang masuk ke dalam mata kepada signal elektrik, diproses kepada sel saraf, sebelum dihantar kepada otak untuk ditafsirkan. Terdapat dua jenis photoreceptor, iaitu rod dan cones.

Kucing dan anjing masing-masing mempunyai photoreceptor rod yang tinggi, menyebabkan mereka mudah mengesan warna kelabu dan bayangan.

Berikut adalah pandangan daripada mata seekor kucing, berbanding pandangan mata seorang manusia

1. Manusia ada sudut pandangan 180 darjah, manakala kucing dan anjing 200 darjah.

2. Kucing mampu melihat sejauh 20 kaki, manakala manusia boleh melihat sejauh 100 hingga 200 kaki.

3. Kucing melihat bayangan warna biru dan hijau, tetapi keliru dengan warna merah dan pink. Mereka akan melihat warna merah sebagai hijau. Warna ungu pula akan kelihatan seperti biru pada pandangan kucing.

4. Kucing tidak mampu melihat kecerahan warna seperti manusia.

5. Kucing mampu melihat jelas pada waktu malam.

Sumber: [1]

Artikel Berkaitan   Nenas Adalah ‘Superfood’, Kalau Mampu Ambillah Setiap Hari, Pesanan Dari Doktor