“Kadang-Kadang Saya Fikir Apa Yang Mereka Nak Sampai Menghukum Saya Sampai Macam Ni? Sedih Saya, Kenapa Orang Macam Saya Tak Layak Pergi Ke Rumah Allah?”

KUALA LUMPUR, 9 Feb — Usahawan kontroversi Sajat memohon maaf kepada orang ramai atas perbuatannya menunaikan umrah dengan berpakaian wanita.

Mengakui kurang didikan agama, Sajat, 32, berkata kedatangannya ke Makkah bagi mendekatkan diri dengan Islam.

“Saya minta maaf kepada semua jabatan, mufti-mufti, ustaz, Pencetus Ummah (PU) atau sesiapa saja, ahli ulama, saya minta maaf sangat,” katanya dalam sebuah klip sambil menangis.

“Saya tidak ada tujuan apa-apa. Apa-apa pun saya dipermudahkan, saya minta maaf bagi pihak mak ayah saya, anak dan rakan-rakan saya.”

Video selama empat minit 13 saat itu dimuat naik di Instagram kawan rapatnya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menerusi rakaman tersebut juga, jutawan kosmetik menyarankan kepada Sajat supaya bertemu dengan mufti menerangkan hal sebenar.

Dalam pada itu, penyanyi “Makhluk Penggoda” turut memberitahu dia pergi ke sana untuk belajar agama selepas mendakwa “terlalu banyak mencari harta duniawi”.

“Kadang-kadang saya fikir apa yang mereka nak sampai menghukum saya sampai macam ni? Sedih saya, kenapa orang macam saya tak layak pergi ke rumah Allah,” tambahnya mengesatkan air mata.

Sajat baru-baru ini menjadi buah mulut ramai hingga dikecam kerana dianggap tidak menghormati syarat wajib mengerjakan umrah.

Malah beliau tanpa segan silu memuat naik gambar di laman sosial peribadinya.

kredit projek mm

Artikel Berkaitan   Neelofa Akui Tidak Dapat Menahan Sedih Apabila Bercerita Tentang Jodoh Disebabkan Ini