Kajian Buktikan Anda Berrisiko Botak Dua Kali Ganda Kalau Anda Kerja Lebih Daripada Waktu Ini

Saintis menemui hasil kajian yang merumuskan jika seseorang itu berkerja lebih daripada 52 jam seminggu, risiko untuk kehilangan rambut menjadi dua kali ganda lebih cepat berbanding mereka yang berkerja kurang 40 jam.

Penyelidikan ini dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari sungkyunkwan University School of Medicine di Seoul, Korea Selatan keatas 13,391 responden lelaki berusia 20 hingga 59 tahun pada tahun 2013 sehingga 2017.

Kumpulan ini seterusnya dibahagi kepada tiga kumpulan utama, iaitu “Normal” (bekerja kurang 40 jam seminggu), “Long” (52 jam) dan “Much Longer” (lebih 52 jam seminggu).

Keputusan kajian merumuskan mereka yang bekerja lebih 52 jam seminggu mudah untuk menjadi botak dengan 4%, berbanding 2% bagi mereka yang bekerja kurang 40 jam seminggu.

Ia berkait rapat dengan stress yang membuatkan folikel rambut menjadi rosak, seterusnya membantutkan pertumbuhan rambut baru, menyebabkan terjadinya botak.

Sumber: Daily Mail.