Kak Lina Kepom Tak Pernah Makan Budu Favourite Suami Seumur Hidup, Rupanya Setelah Rasa Sendiri, Ini Reaksinya!

Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi atau Elly Mazlein merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia berasal dari Slim River, Perak. Beliau mewarnai dunia seni menerusi penerbitan empat buah album studio yang mengandungi lagu-lagu berkonsepkan Pop dan Irama Malaysia.

Pada 28 Januari yang lalu telah berlangsung dengan meriahnya Majlis Sambut Menantu pasangan Elly Mazlein dan suami, Cikgu Azlan di Kampung Karangan, Kuala Krai, Kelantan. Elly Mazlein yang juga turut dikenali dengan Kak Lina Pom pom itu turut berkongsi gambar di laman instagram miliknya untuk tatapan ramai.

Menerusi perkongsia Kak Lina semalam, dia berkongsi menu masakannya untuk suami tercinta tetapi yang menarik perhatian adalah budu. Tak sangka Kak Lina pun sangat suka budu, biasa orang kelantan sahaja pengemar budu. Tetapi sejak mengenali Cikgu Azlan memang Kak Lina belajar untuk makan nasi dengan budu. Hebatnya Kak Lina cuba jadikan kegemaran suami sebagai kegemarannya juga

Utk suami sy .. petai campo budu results will come out like absolutely correction results university of Menara Gading pommmmm fragrance in w0ww flower flying in the t0ilet masuk bayar 50sen. Awk masak ape utk Suami awk????. Ehhh kepom da ade suami la… bg chance la

Reaksi ramai

Perkahwinann antara Elly Mazlein dan pasangan Azlan masih lagi diperkatakan oleh warganet. Rata-rata mereka sangat gembira melihat Kak Lina sekarang yang telah bertemu jodoh setelah hampir 5 tahun berpisah dengan bekas suami, Azmi pada tahun 2015.

Walaupun perbezaan umur yang agak ketara sebanyak 10 tahun itu tidak menghaIang cinta antara mereka terus bertaut. Umur Cikgu Azlan 29 tahun manakala umur Kak Lina 39 tahun. Tetapi menurut Kak Lina sebenarnya ada juga suara-suara sumbang dibelakang yang mengatakan mereka berdua kelihatan seperti mama dan anak. Bagi Kak Lina, dia bersifat terbuka menerima pandangan orang luar dan tidak mahu cepat melatah atau ambil hati dengan kata-kata warganet di luar sana.

Artikel Berkaitan   Dipanggil Beberapa Kali Tetapi Tidak Berjawab, Lelaki Ini Tidak Menyangka Dia Telah Tidur Bersama Mayat 3 Hari

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Empiremedianetwork