“Kakak saya doktor dekat situ…” – Netizen Kecam Instafamous Sebab Curi Sanitizer Dari Hospital, Siap Tayang Dekat IG!

Sanitizer adalah salah satu produk yang sukar untuk kita beli sekarang sebab kehabisan stok di farmasi. Disebabkan itu, ramai pihak menjadi orang tengah untuk jual sanitizer dari pembekal kepada orang awam.

Tapi, ada juga kes di mana pelawat mencuri sanitizer dan topeng muka dari hospital. Seorang instafamous dikecam netizen selepas terang-terangan ‘menunjuk’ yang dia mencuri sanitizer dari hospital.

Melalui satu posting di Twitter, netizen viralkan instastory gadis itu yang menunjukkan sebotol besar sanitizer yang diambil dari hospital. Tapi bila dikecam dekat DM Instagram, dia kata sanitizer tu dapat dari kakaknya yang juga seorang doktor.

 

Kakak saya doktor dekat situ, dia cakap nurse hospital pun selalu bawak balik barang-barang hospital. So what????”

 

Ramai netizen yang nampak posting tu kecam instafamous yang ada lebih 41,000 followers di Instagram tersebut sebab curi sanitizer dan tunjuk contoh tidak baik dekat followers.

Selain itu, seorang individu yang bekerja di farmasi hospital turut tampil memohon orang ramai untuk tidak mencuri sanitizer. Mesti ramai tak tahu, sebenarnya botol sanitizer di hospital yang dah kosong tidak dibuang sebaliknya dihantar ke farmasi untuk diisi semula.

Kalau dia tak ada botol kosong macam mana nak dapat lagi sanitiser?”

Sumber : LobakMerah

Artikel Berkaitan   Lepas Amalkan Jus Ini, Kencing manis Berkurang, Kolestrol Menurun