“Kalau Anda Kat Tempat Saya, Teng0k Vide0 Perm0honan Maaf Yang Dibuat Layak Ke Dimaafkan,” Menitis Air Mata DSV, Saman Terhadap Azwan Ali Diteruskan

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida telah mengadakan satu sidang media tergempar pagi tadi berikutan konflik yang berlaku di antaranya bersama selebriti, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA.

Ketika sidang media tersebut berlangsung, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata saman malu terhadap Azwan tetap akan diteruskan.

“Tak tahu nak cakap hati saya remuk macam dirobek-robek bila tengok video tu, maruah saya dipijak-pijak.

“Kalau anda kat tempat saya tengok video permohohan maaf yang dibuat layak ke dimaafkan? Boleh ke atau biarkan saja? Kesungguhan awak minta maaf, cara you minta maaf macam tu ke?

“Sakitnya hati saya, pemberontakan jiwa saya, marahnya saya jadi hati saya sangat terguris bila reputasi saya dicalarkan macam tu.

“Tanpa prajudis atau dipengaruhi oleh sesiapa tapi kerana jiwa dan perasaan saya dengar sini Azwan Ali, saman akan diteruskan,” katanya.

Sidang media itu telah berjalan di One World Hotel, Bandar Utama, Selangor.

Terdahulu, Azwan telah mengadakan satu sidang media di Marriot Hotel, Putrajaya pada 11 Februari lalu, sekaligus cuba menunaikan tuntutan usahawan terbabit.

Ikuti rakaman penuh sidang media tersebut di sini;

Artikel Berkaitan   “Nak pastikan positif covid ni bukan 5-10 minit” – Petugas Kesihatan Share Step By Step Apa Je Doktor Akan Buat Kalau Ada Simptom Covid-19