“Kalau Boleh Tak Nak Bertunang Lama-Lama,”- Masih Dalam Plan Bina Masjid, Isa Khan Mahu Risteena Jadi Yang ‘Halal’

Telah mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lalu, Nur Risteena dan Isa Khan masih dalam perancangan untuk membina mahligai bersama.

Bagaimanapun, kedua-duanya masih belum mempunyai tarikh spesifik untuk menentukan tarikh bahagia mereka.

Perkara itu dikongsikan Isa menerusi Youtube rasmi, IsaxRis TV dengan durasi selama sembilan minit untuk menjawab persoalan peminat.

“Semuanya dalam perancangan. Kita pun kalau boleh tak nak bertunang lama-lama.

“Namun, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan.

“Tambahan pula, saya sebagai pihak lelaki. Insyallah, tahun 2020 ini menjadi tahun yang baik dan tiada halangan.

“Jika tiada aral melintang, saya akan halalkan si dia (Risteena),”kata Isa jujur.

Malah, Risteena menyifatkan bahawa Isa seorang yang ‘gentleman’ dan romantik kerana berani melamar dirinya di Bali, Indonesia tahun lalu.

“Perkara yang paling membuatkan saya tersentuh apabila Isa melamar saya di Bali. Sejujurnya, saya tidak pernah merasa momen sedemikian dan itu merupakan sejarah pertama bagi saya.

“Malah, Isa merupakan lelaki pertama dan terakhir melakukan momen bahagia kepada saya.

“Sebelum ini saya ada memasang impian agar ada seseorang yang membuat perkara berkenaan, ternyata impian saya tercapai dan jejaka itu adalah Isa Khan,” jujur Risteena.

Terdahulu, Risteena dan Isa bertunang pada 23 November 2019 di Bali, Indonesia dengan dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Sumber : MH