“Kalau Di Amerika Syarikat Gelandangan Diletakkan Di Parkir Kereta, Tapi Di Malaysia Sangat Jauh Lebih Baik….Syukurlah!”

Tindakan kerajaan yang turut mengambil berat isu gelandangan ketika krisis COVID-19 telah mendapat pujian ramai khususnya warga maya.

Semuanya gara-gara satu posting di Twitter oleh Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa.

Menerusi posting berkenaan, Annuar berkongsi satu rakaman video memaparkan penempatan gelandangan di sebuah dewan di ibu kota.

Kelihatan ratusan khemah atau ‘cubicles’ sedang dipasang di dalam dewan tersebut.

Selain itu, terdapat juga tilam yang ditempatkan di dalam ‘cubicles’ berkenaan.

Apa yang lebih tersentuh, kebanyakan gelandangan dilihat amat ceria dengan kelengkapan yang disediakan.

Gelandangan dilayan dengan penuh kemanusiaan

Sementara itu rata-rata warga maya memuji usaha kerajaan yang tidak mengenepikan soal kebajikan gelandangan.

Malah, ada diantara mereka meminta supaya orang ramai bersyukur kerana usaha dilakukan Malaysia jauh lebih baik berbanding negara luar seperti Amerika Syarikat.

Anda boleh lihat bagaimana kerajaan Amerika hanya meletakkan gelandangan mereka di kawasan parkir kereta.

kredit gempak