Kalau Petang Ni Goreng Popia Yang Dah Buat Semalam Best Juga. Ni Saya Share Kan Macam Mana Buat Popia Mudah

Petang-petang sambil tunggu suami balik kerja, apakata kalau mak buat popia sayur. Boleh buat frozen untuk dimakan esok atau untuk potluck nanti.

Popia frozen easy peasy! Buat hari ini boleh goreng esok petang. Semestinya jimat masa dan tenaga mak di dapur. Jika ingin goreng, cukup keluarkan popia biar sejuk hilang sekejap dan terus goreng.

Resepi popia sayur kali ini amat mudah. Dibawakan daripada laman Facebook yang dikongsikan oleh Zur Ain Salim. Lengkap dengan sos pencicah popia. Sos juga boleh dimakan sebagai pencicah keropok lekor. Untuk popia, terpulang kuantiti ingin banyak mana.

Resepi Popia Sayur Mudah Sedap

Bahan-bahan :

  • Bawang putih (tumbuk halus),
  • Kubis bulat (potong halus),
  • Carrot (potong halus),
  • Sengkuang (potong halus),
  • Lada sulah,
  • Garam,
  • Gula,
  • Minyak untuk menumis.

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak. Tumis sekejap bawang putih.
  2. Masukkan sayuran yang telah dipotong.
  3. Masukkan lada sulah dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Gaul sehingga rata. Siap.

Note : Terpulang masing-masing ingin masak sayur sekejap atau lama. Boleh masak sekejap sahaja untuk kekalkan kerangupan sayuran tersebut.

Cara Lipat Popia

Bahan Sos Pencicah :

  • ½ senduk kecil cili kisar,
  • 4 ulas bawang putih (kisar),
  • Gula,
  • Garam,
  • 1 cawan air,
  • 2/3 sudu tepung jagung (bancuh dengan ½ cawan air),
  • 2 sudu makan cuka,
  • 1 keping gula melaka.

Cara-cara :

  1. Masukkan air, cili kisar dan bawang putih. Masak hingga cili naik bau.
  2. Kemudian masukkan gula melaka dan garam. Masak hingga mendidih.
  3. Bila sudah agak pekat dan gula sudah hancur, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit dan kemudian masukkan cuka.
  4. Kecilkan api. Biar mendidih dalam api yang kecil.
  5. siap

Resepi Menarik Lain

Selain resepi popia sayur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya

Artikel Berkaitan   Ikan Tenggiri Masak Sambal Memang Makan Tak Jemu, Cara Masak Yang Betul Supaya Isi Masak Dengan Baik