Kambing Lama Sangat Berkawan Dengan Kucing Sampai Lupa Diri, Pemilik Dedahkan Siap Nak Makan Whiskas Lagi

Gelagat dan aksi-aksi binatang pastinya tidak dijangka oleh manusia. Malah, boleh dipersetujui bahawa keletah spontan dari haiwan-haiwan ini mampu membuatkan seseorang itu ketawa dan menghilangkan tekanan buat seketika.

Walaupun mereka ini tidak memiliki akal seperti manusia, namun bintang ini seolah-olah mempunyai perasaan dan naluri yang mendalam terhadap kehidupan disekeliling mereka. Lainnya, mereka ini mengekspresikan perasaan tersebut dengan cara yang tersendiri.

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook di group Dunia Kucing Kampung, Lela Zain telah menceritakan sebuah kisah lucu mengenai seekor kambingnya yang dilihat kekeliruan identiti sendiri.

Kekeliruan identiti tersebut berlaku kepada kambing berkenaan kerana dikatakan sering bergaul dengan kucing-kucing peliharaannya.

Bahkan, kambing berkenaan dikatakan turut menjamu selera dengan makanan kucing sehinggakan, kucing-kucing lain tidak dapat makan bahagian mereka sendiri.

Perkongsian ini serta merta telah mencetuskan tawa dikalangan ahli kumpulan Facebook berkenaan. Ramai juga dilihat berjenaka dengan teletah kambing dan kucing-kucing peliharaan wanita berkenaan.

kredit borak daily

Artikel Berkaitan   Mengejutkan!.. Inilah Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat.. Semoga Kita Tidak Mengulanginya Lagi