“Kami Berjaya Bawa Mangsa Keluar Dari Kabin Kren Dan Bawa Turun Dengan Selamat” Lelaki Ini Meninggal Atas Kren

Seorang pengendali kren meninggal dunia ketika sedang bertugas di tingkat 12 sebuah apartmen di sini tengah hari tadi.

Mangsa, Azman Arsat, 38, beralamat di Felda Keratong I, Pahang itu dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum panggilan kecemasan dibuat.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Khairul Azhar Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.55 pagi untuk menurunkan mangsa yang dilaporkan tidak sedarkan diri di tingkat 12.

Menurutnya, keadaan kawasan yang sempit dan saiz badan mangsa menyukarkan operasi membawa turun ke tingkat bawah.

“Pasukan bomba mengambil masa hampir dua jam untuk menurunkan mangsa yang beratnya melebihi 110 kilogram (kg) itu.

“Kami berjaya membawa mangsa keluar dari kabin kren dan membawa turun dengan selamat dibantu pengangkut barang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, setibanya di tingkat bawah, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir ke lokasi kejadian.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis,” katanya

Artikel Berkaitan   Lelaki Ini Terpaksa Usung Kaki Yang Patah Selama 2 Hari Untuk Meminta Tolong Selepas Terjatuh