“Kami Cari Rezeki, Korang Game Kami.” Rider Terkejut Polis Buka Bungkusan Jumpa Syabu

“Jangan Buat Kami Macam Ni”. Rider Kesal Dipergunakan Pelanggan Hantar Barang Terlarang! | “Kami cari rezeki, korang game kami.” Begitulah luahan para penghantar makanan yang berdepan dengan dugaan dianiaya para pelanggan sehingga mereka menjadi sasaran pihak polis.

Menerusi satu hantaran di Facebook, seorang pengguna dengan nama akaun Apan Meru telah berkongsi maklumat seorang penghantar makanan ditahan polis selepas terdapat syabu di dalam bungkusan yang didapati daripada seorang pelanggan.

Sekali buka rupanya syabu

Menurut entri tersebut, rider tersebut kesan dan terkejut selepas mendapati bungkusan yang sepatutnya dihantar kepada pelanggan rupanya adalah barangan terlarang.

“Kami tak akan buka bungkusan pelanggan, sekali bila buka rupa-rupanya syabu..janganlah buat kami macam ni…”

Pelanggan order syabu tu sempat lari

Berdasarkan mesej perbualan yang dikongsikan, penghantar tersebut telah dilepaskan oleh pihak, tetapi pelanggan yang membeli syabu itu sempat melarikan diri selepas pihak polis berjaya mengesan lokasinya.

Kesian la kat depa, kenapa aniaya orang macam tu

Insiden tersebut telah mengundang rasa marah netizen terhadap pihak mengambil kesempatan ini, rata-ratanya simpati melihat nasib para penghantar makanan yang mencari rezeki tetapi dianiaya pula dengan pelanggan.

Nasib baik rider tu tak kena tangkap

Rider yang jadi mangsa

Perbuatan ini memang sangat terkutuk, akibat kerja jahat orang lain mereka yang mencari rezeki seperti ini yang terpaksa menanggung akibatnya.

kredit kataustaz

Artikel Berkaitan   Anak Tidak Lagi Derita [email protected], Ibu Ainul Mardhiah Sambung Belajar