“Kami Nampak Dia Berkeliaran” Selepas Harimau Muncul, Penduduk Ini Makin Takut Bila Harimau Kumbang Pula Berkeliaran

jika Dua bulan lalu, rakyat Malaysia digemparkan dengan kemunculan dua ekor harimau spesies Malaya di Kampung Besul Lama dekat Bukit Besi, Dungun di sini.


Kini harimau kumbang pula dilihat berlegar-legar tidak jauh dari kawasan yang sama.

Harimau kumbang terbabit ditemui berkeliaran di kawasan perumahan Taman Harmoni berdekatan Al Muktafi Billah Shah yang terletak kira-kira 15 kilo­meter (km) dari Kampung Besul Lama sejak dua minggu lalu.