“Kami Pelik Sikapnya Kurang Mesra Tapi Sering Masak Untuk Kami. Baru Kami Tau Masakannya Dan Jeli Yang Diberinya Daripada Daging Manusia”

Moscow: Seorang nenek diberi gelaran ‘Sweeney Todd’ Russia kerana sanggup melapah mayat mangsa, memasaknya sebelum dijadikan jeli untuk kanak-kanak di perkampungan Berezovka di wilayah Khabarovsk, Russia.

Daily Mirror melaporkan, Sofya Mikhailovna, 80, ditahan polis susulan sebahagian badan seorang penjaga bangunan, Vasily Shlyakhtich, 52, ditemui di tempat pembuangan sampah di sekitar bandar, membuatkan polis menggeledah pangsapurinya.

Mangsa dilaporkan bersetuju menyewa bilik di pangsapuri suspek namun dilaporkan hilang pada awal Januari tahun ini.

Jurucakap di Direktorat Penyelidikan Russia di Wilayah Khabarovsk berkata: “Ahli kriminologi menemui pisau dan gergaji yang mempunyai darah mangsa. Suspek ditahan kerana membunuh dan ditahan sebelum perbicaraan sementara siasatan diteruskan.”

Seorang penduduk tempatan dikenali sebagai Tatyana berkata: “Kami berasa pelik kerana sikapnya kurang mesra dan tidak ramah tetapi sering masak untuk kami di sini.

“Dia menyediakan hidangan daging untuk golongan dewasa malah turut memberikan kami sepinggan daging ‘jeli’ kholodet (masakan tempatan).

“Pihak polis turut mengesahkan dia menggunakan daging manusia yang dibunuhnya dalam masakannya,” kata Tatyana.

Menurut media tempatan, polis turut menemui anggota dalaman manusia di dalam peti sejuk suspek.

Siasatan polis turut membongkar pembunuhan ke atas seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang hilang pada 14 Disember 2005.

Menurut suspek, mangsa selalu mengacaunya, membuat bising dengan berlari-lari sekitar rumahnya dan kanak-kanak itu bernasib malang selepas melemparkan ais krim ke atas suspek.

Selain sebahagian anggota badan kanak-kanak perempuan itu, polis turut menemui beberapa rangka manusia lain.

Suspek dilaporkan mengaku melakukan pembunuhan ketiga pada April 2013 dengan membunuh rakan wanitanya, Nina Babenko, 83, selepas mangsa berpindah masuk ke pangsapurinya.

Artikel Berkaitan   “Ku Tak Mampu Tahan Air Mata, Yang Pernah Rasa Je Tahu” Kucing Termakan Racun Tikus, Video Lelaki Cuba Selamatkan Undang Sebak

Media tempatan melaporkan, suspek pernah bekerja di rumah sembelihan sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat tempatan.

Suspek dilaporkan pernah berkahwin dengan lelaki bernama Ivan dan dikurniakan tiga anak lelaki namun suaminya meninggal dunia pada 2015, iaitu 6 bulan sebelum kanak-kanak perempuan itu hilang.

Seorang anak lelakinya meninggal dunia manakala dua darinya menetap di wilayah Khabarovsk dan masing-masing sudah berkeluarga.

Sweeney Todd adalah kisah zaman Victoria mengenai tukang gunting yang menjual pai diperbuat daripada daging manusia.