“Kami Sudah Cari Dia, Akhirnya Jumpa Juga Tapi Dalam Keadaan Tidak Bernyawa” Warga Singapura Ditemui Dengan Jaket Keselamatan

Mayat wanita dipercayai salah seorang daripada dua warga Singapura yang dilapor hilang ketika berkayak di perairan Endau, di sini, Khamis lalu ditemui di perairan Kemaman, Terengganu, tengah hari semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Zon Mersing, Komander Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, mayat lengkap berpakaian dan memakai jaket keselamatan itu ditemui terapung kira-kira 12.50 tengah hari di kedudukan lima batu nautika timur Kuala Kemaman, oleh nelayan tempatan.

“Mayat kemudian di­sahkan tiba di Maritim Malaysia Zon Kemaman pada 4.30 petang dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk pengecaman keluarga serta bedah siasat,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat yang diwujudkan di Jeti Pe­nyabong, Endau, di sini semalam.

Artikel Berkaitan   Bergelut Dengan Buaya, Hampir Hilang Nyawa, Lelaki Ini Patah Pergelangan Kaki