Bayangkan anda terkandas seorang diri di tengah-tengah lautan yang luas seperti Tom Hanks dalam filem Cast Away, pasti pelbagai perasaan yang akan melanda diri, lebih-lebih lagi kerana anda tidak dapat menjangka cuaca atau apa yang berada di dalam lautan.
Namun itulah yang dilalui seorang budak perempuan ini apabila dia hanyut ke tengah lautan di dalam pelampung unicornnya. Kanak-kanak berusia 4 tahun itu walau bagaimanapun bernasib baik apabila dia ditemui sebuah feri di atas laut.
Kru feri terpegun melihat anak kecil tersebut yang kelihatan keliru di dalam pelampung unicornnya selepas di tiup ke tengah laut seorang diri.
Kanak-kanak kecil itu ditemui oleh anak kapal di pesisir pantai Antirio, bandar Yunani di Teluk Corith. Laporan mengatakan kanak-kanak itu terlepas dari pandangan ibu bapanya ketika dia leka bermain di dalam pelampungnya sehingga dia terapung jauh dari pantai.
Sebaik ibu bapanya menyedari bahawa anak perempuan mereka tidak dapat ditemui, mereka segera memberitahu pihak berkuasa pelabuhan, yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada kapten feri tersebut.
Rakaman yang dikongsikan menunjukkan kanak-kanak itu duduk dengan tenang sambil memegang pelampungnya dengan kuat sebelum diselamatkan oleh kru kapal.
Ok, this is terrifying.
A 4-year old girl was found drifting nearly a mile out to sea — off the coast of Greece — on an inflatable unicorn.
Wow…pic.twitter.com/xxN4M6bbXp
— Rex Chapman🏇🏼 (@RexChapman) August 27, 2020
Pelampungnya terus terapung ke arah feri dan kanak-kanak itu diangkat oleh salah seorang kru, manakala pelampungnya juga diselamatkan. Dia kemudian diserahkan semula kepada ibu bapanya dalam keadaan baik.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah ini.
kredit HCL