Kanak-Kanak Lahir Bersama “Topeng Batman”, Ibu Sanggup Datang Jauh Untuk “Selamatkan” Anaknya Ini

MOSCOW: Pembedahan pertama oleh doktor di Russia berjaya membuang sebahagian tanda lahir besar pada muka seorang bayi berusia lapan bulan dari Amerika Syarikat sehingga menyerupai topeng Batman.


Bayi itu, Luna, yang dilahirkan di Florida, dibawa ibunya, Carol Fenner, ke Russia bertemu Dr Pavel Popov bagi menjalani rawatan membuang tisu kulit berwarna hitam pada mukanya.

Carol, 36, berkata, dia bersetuju membawa Luna ke Russia kerana doktor pakar di negara itu menjanjikan teknik rawatan terbaru bagi membuang tanda lahir di wajah anaknya yang tidak menyakitkan.

Daily Mail melaporkan, bagi rawatan pertama itu, doktor berjaya membuang lapisan tanda lahir pada dahi Luna.

Carol mengakui rawatan Luna di Russia itu tidak menyakitkan berbanding jika melakukan rawatan di Amerika.

“Hasil rawatan di dahi Luna sangat menakjubkan dan kini saya yakin keputusan untuk datang ke Russia adalah tepat,” katanya.

Menurutnya, dia bersama Luna akan pulang ke Florida untuk menyambut Krismas sebelum kembali ke Russia untuk rawatan seterusnya.