“Kau Ingat Kucing Ni Barang Tak Ada Perasaan Ke?” Persatuan Haiwan Jumpa Kucing Disumbat Dalam Guni Untuk Dipos

Viral di media sosial klip video yang mendakwa beberapa ekor kucing disumbat dalam guni dan dipos oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Menurut Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) berkata, hampir sepuluh ekor kucing dikesan berada dalam guni tersebut untuk dipos kepada penerimanya.

Namun, pihak MAA berharap syarikat pos berkenaan dapat mengesahkan kejadian itu dan sekiranya benar berlaku, satu laporan akan dibuat kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk melakukan siasatan.

“Kedua-dua pengirim dan penerima juga perlu disiasat dan didakwa atas tindakan zalim yang dilakukan.

Hari ini tersebar video mengenai hampir sepuluh ekor kucing dikatakan dikesan berada dalam guni dipos oleh pihak tidak bertangungjawab.Animal Malaysia berharap sebuah syarikat pos dapat mengesahkan kejadian ini dan jika benar ia terjadi boleh melaporkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia supaya kedua-dua pengirim dan penerima dapat disiasat seterusnya didakwa atas langkah kezaliman yang dilakukan.Pengeposan haiwan hidup cara zalim begini bukanlah sesuatu yang baru dan sebelum ini dua ekor ular sawa jenis Ball Phyton juga ditemui dalam kotak pengeposan oleh kakitangan sebuah syarikat pos di Malaysia.Soalan kedua daripada Animal Malaysia. Adakah benar kucing-kucing juga ini hasil tangkapan di sekitar kawasan pihak pengeposan ini?Animal Malaysia menanti jawapan pihak Pos berkenaan mengenai insiden ini.#cats#cruelty#animals#animalmalaysia#malaysiaanimalassociation#saveourcats#saveouranimals#stopanimalcruelty

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Wednesday, 25 September 2019

“Pengeposan haiwan hidup dengan cara zalim sebegini bukanlah sesuatu yang baru dan sebelum ini dua ekor ular sawa juga ditemui dalam kotak pengeposan oleh kakitangan sebuah syarikat pos di Malaysia,” kata MAA.

Pihak MAA masih menunggu jawapan dari pihak pos berkenaan berhubung insiden itu.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih