“Kau Nampak Tak Apa Yang Aku Nampak” Tular Gambar Mamat Sepah Bersama Lembaga Hitam

PELAWAK Mamat Sepah mendedahkan sekeping foto yang menunjukkan kewujudan objek misteri berupa seperti lembaga hitam bergambar di belakangnya.

Menerusi foto yang dinaikkan ke Instagram itu Mamat Sepah bersama pelakon lain Dayana Roza dan Zul Huzaimy sedang bergambar dengan peminat-peminat mereka dalam satu acara permotoran.

Menurut Mamat, foto itu adalah asli dan tidak disunting.

“Peminat dalam diam-diam barangkali…

“Gambar ini adalah original masa spark mini gathering di Penang dan tak di edit,” tulisnya.

Foto itu mencuri perhatian pengikutnya yang rata-rata seram melihat lembaga hitam di dalam foto tersebut.

Artikel Berkaitan   Sebelum Ni Biadap Dengan Pengawal Keselamatan, Kali Ni Usahawan Cik Non Hina Dan Tuduh Rakyat Sabah Punca Covid19 Merebak